Wednesday, November 25, 2009

Después del día 28 yo tendré otro motivo de ser un poco más soberbia !

Ya. Begitu lah.
Sombong ? Tidak sesekali. Sebab aku memang deserved it. ¿No crees?


Aku betul-betul sibuk sekarang. Amat sibuk. Sibuk mengejar kesenangan dunia. Sampai kadang-kadang aku hampir terlupa yang sebenarnya dunia dah sangat-sangat tua. Typical malay.


Tapi dalam sibuk, sempat juga la aku jengah-jengah ke dunia komunikasi tanpa sempadan. Dah lama aku tak buka YM "almarikaca" tu. Sebab aku selalu bercinta dengan Cinta Hati guna akaun dan ID lain. Aku online 24/7 dengan Blackberry BOLD. Cinta Hati pun sama. Online 24/7, juga dengan Blackberry BOLD. Jadi, takde sesaat pun dia tak ada di sisi aku, dan takde sesaat pun aku takde di sisi dia. Kan peranan isteri itu berada di sisi suami. Bagus sungguh teknologi zaman sekarang ni. Menyenangkan aku.
Samsung OMNIA, aku dah simpan dalam almari kaca. Buat perhiasan dunia.
Ada sesapa berminat nak beli Samsung OMNIA aku ? Sila buat tempahan sekarang. Kalau tunggu lama-lama nanti takut harga akan jadi sama mahal dengan sarung tangan arwah MJ pulak. Kamu juga yang rugi nanti.

Bila aku buka YM "almarikaca" tadi, sepantas kilat keluar pop-up offline mesej. Agak-agak ada la dalam 8 guni mesej yang ditinggalkan. Pelan-pelan aku baca. Satu-satu. Sampai habis.

Apa je yang boleh aku kata ? Tak banyak sebenarnya. Putaran dunia. Lagipun aku sudah bosan memperkatakan benda yang sama. Sangat bosan. Sebab asyik-asyik benda yang sama. Bila aku cakap, tak hendak pulak simpan dalam kepala. Aku sudah sangat-sangat bosan. Ini entri terakhir untuk kamu, kawan. Lepas ni jangan tinggal offline mesej cerita benda yang sama lagi. Sila tinggalkan offline mesej cerita gembira sahaja lepas ini. Ok ?

Dulu, ada seketul mangkuk yang doakan aku jadi bini nombor 2. Tapi doa seketul mangkuk itu tak termakbul. Sebab, aku berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak punya senarai bini. Cuma aku. Hanya aku. One and only. Walaupun berjauhan, tapi aku yakin, sampai hari ini, dalam hati Cinta Hati cuma ada aku. Sama macam dalam hati aku cuma ada Cinta Hati. Harap Tuhan tetapkan hati aku dan hati Cinta Hati sampai mati. Amin.

Jadi, aku tidak tahu sangat macamana suasana hidup bini nombor 2. Tidak tahu bagaimana perasaan bini nombor 2. Cuma aku dapat teka. Sebab ramai kawan-kawan aku yang bergelar bini nombor 2. Tapi si peninggal offline mesej di YM "almarikaca" aku ini bukan bini nombor 2. Cuma dia rasa macam bini nombor 2, sebab suami dia ada affair lain dan meletakkan perempuan lain itu di tempat pertama. Siang malam berkepit dengan handphone. Sms tak henti. Siap koling-koling, siap berdarling-darling. Begitulah lebih kurang senarionya.

Tak banyak yang aku nak cakap. Cuma satu aku nak pesan pada si peninggal offline mesej di YM "almarikaca".
Kan aku dah cakap dulu. Cuba belajar untuk cari bahagia sendiri. Bahagia yang benar-benar bahagia. Bahagia yang tidak bersandarkan pada siapa-siapa. Jangan jadikan suami itu sebagai syarat untuk bahagia. Sebab, kalau suami tak ada, mean kamu tidak boleh bahagia. Jangan begitu. Tak berbaloi hidup kalau nak menderita hanya kerana seorang manusia yang tidak tahu menilai harga seorang isteri.

Suami kita cuma pasangan kita. Tapi suami bukan syarat bahagia kita. Ikhlas aku cakap. Suami bukan syarat bahagia kita. Syarat bahagia adalah kita. Kita sendiri. Hati kita. Pegangan kita. Prinsip kita. Penilaian kita. Iman kita. Tuhan kita. Kita. Hanya kita. Faham ?

Belajar lah untuk bahagia, kawan. Belajar lah untuk tidak bergantung pada orang lain untuk bahagia. Kamu tahu tak dunia sudah tua. Kamu tahu tak dah tinggal tak berapa saat pun lagi dunia ni akan hancur. Jadi, kenapa nak bazirkan masa dengan meratap dan menangis. Tegakkan bahu. Bangun. Berdiri. Berjalan. Berlari. Tuju bahagia kamu. Walaupun suami itu curangi kamu. Faham ?

Ok. Sudah. Jangan menangis lagi. Kamu ingat boleh beli pampers anak dengan air mata ?




*******
Errrr..agak-agak kamu la kan, lepas aku graduate nanti..kalau aku minta kerja jadi kaunselor rumahtangga, agak-agak ada agensi yang nak terima aku tak ?
Banyak tak gaji kaunselor rumahtangga ha ?
Kalau aku jadi kaunselor rumahtangga, kamu agak berapa ramai isteri-isteri yang akan bunuh diri dalam sebulan lepas terima nasihat dari aku ?
Kalau aku jadi kaunselor rumahtangga, kamu agak berapa ramai suami-suami yang akan datang pasang bom di pejabat aku ?

Eh, kamu agak la kan...kalau aku tunjukkan sijil aku dalam bidang yang tak ada kena mengena langsung dengan kaunseling ni, agak-agak agensi tu nak bagi tak jawatan Pengarah kat aku ha ?

Friday, November 13, 2009

otoño

Otoño. La temporada otoñal.

Autumn.
Sudah menghampiri pertengahan november, 2009. Suhu di tempat aku berada sekarang tiba-tiba berubah. Dari sejuk, dari berangin dan berair, tiba-tiba berubah ke tahap "tak payah pakai sweater pun takpe". Tahun-tahun yang lepas, masa autumn, kalau nak keluar dari rumah memang aku akan pakai sweater. Berangin. Sejuk sampai ke tulang. Kalau tak pakai sweater memang aku akan termasuk dalam kategori "separa gila".

Tapi tahun ini, aku boleh keluar rumah dengan hanya ber t-shirt. Kadang-kadang hanya ber blouse. Ada juga hari di mana aku keluar pada sebelah petang berbaju sedikit ranggi.

Satu kesimpulan. Dunia sudah tua.
Kamu sudah taubat nasuha ?


Pelik. Tidak ada yang pelik sebenarnya. Hanya amaran kecil dari Tuhan. Supaya kita semua bersiap sedia. Supaya kita lebih dekat dengan Dia. Supaya kita lupakan sebentar soal-soal dunia. Soal nak spy suami yang ada perempuan lain. Soal nak cari bini baru sebab bini di rumah malas memasak. Cuba belajar redha dengan apa yang ada. Cuba belajar jadi bahagia dengan tidak payah bersandar pada orang lain.
Lupakan sekejap soal remeh-temeh begitu.

*******


Cinta Hati telefon aku tadi. Bagitau yang tiket ke Tanah Bekas Jajahan Islam sudah issued. Gembira tak terkata aku dibuatnya. Hampir sebulan aku pulang ke sini. Seorang diri. Tak ditemani suami.

Bila diberitahu tentang tiket yang sudah issued, tiba-tiba aku jadi terlupa sebentar tentang dunia yang telah tua.
Sungguh typical malay kan ? Ha ha.


Terima kasih untuk Cinta Hati. Yang mengizinkan aku ke mari. Yang mengizinkan aku terus mengejar cita-cita. Yang melepaskan aku datang ke sini lagi dengan seikhlas hati. Yang tidak pernah jemu menelefon aku setiap pagi. Yang tidak pernah jemu memberi semangat. Yang tidak pernah mengeluh even setiap malam tidur seorang diri. Yang tidak pernah menunjukkan hint "lelaki ni kalau bini jauh kau tau-tau aje lahhh".

Tetiba aku rasa macam nak buat muka "cute" dan pujuk Cinta Hati supaya beli sebuah jet peribadi. Tapi aku tahan nafsu. Aku tahan diri. Aku kuatkan semangat supaya mulut aku tak pandai-pandai keluarkan cadangan itu depan Cinta Hati. Sebab aku cukup pasti..
kalau aku usulkan cadangan itu, pasti Cinta Hati akan tanya aku dengan variasi soalan seperti ini :

Diorang jual jet peribadi tu berapa ringgit sekati ?
Boleh beli dengan kulit kerang tak jet peribadi tu ?


Ha ha. Begitulah tuan-tuan dan puan-puan. Suami aku memang pandai bergurau.

Friday, October 23, 2009

sejuk

Dah start autumn di Tanah Bekas Jajahan Islam ini. Sejuk lagi menyejukkan. Sana air sini air. Hujan tak henti-henti.

Di Sierra Nevada, Granada dah turun titisan salji yang pertama untuk tahun ini. Tempat aku masih takde salji. Cuma ada air. Hujan. Tapi sejuk dah menggigit-gigit kulit dan tulang. Macam memanggil-manggil extra heater datang.

Masih lagi dengan Tesis Doctoral. Masih banyak chapter yang perlu aku siapkan. Tahun bila nak siap, wallahualam bissawab.

.




.




.




.


Entri asal ada. Terima kasih.

Sunday, August 16, 2009

Lagi entri takde tajuk

H1N1,

Di BolehLand, angka (tidak rasmi) kematian disebabkan oleh H1N1 yang sampai ke telinga aku setakat ini ialah 53 orang.

Di Tanah Bekas Jajahan Islam, setakat ini angka (tidak rasmi) kematian adalah 9 orang.

Angka yang agak jauh berbeza. Jadi, aku tak mahu komen apa-apa.
Tapi aku agak risau sekarang ni. Bukan agak risau, tapi memang sangat-sangat risau. Sekarang ni, di Kedah, hujan macam tak kesian langsung pada tumbuh-tumbuhan yang rindukan cahaya matahari. Pagi petang siang malam hujan. Hujan turun bersama kelembapan. Kelembapan adalah agen terbaik bagi virus selsema. Tanda perang pada pengidap asma.

Aku dengar, di BolehLand, Vaccin untuk H1N1 akan "dikeudarakan" seawal-awalnya pada Oktober ini. Tapi cuma akan diberi pada frontline saja. Orang awam akan dapat vaccin seawal-awalnya pada 2010. Bulan berapa, masih belum tahu.

Maknanya apa tuan-tuan dan puan-puan ?



***

Thursday, July 16, 2009

Rindu.

Sangat-sangat !

Wednesday, July 15, 2009

Fikir lah apa benda kamu nak fikir

Berita rasmi. Bukan tentang selsema babi. Tapi pasal satu lagi kes mati.


Kelmarin, keluar di suratkhabar rasmi dan semua berita di stesen tv di sini, adik Ryán, anak kepada Allahyarhamah Dalila (rujuk entri aku mengenai mangsa pertama yang meninggal disebabkan selsema babi di Sepanyol) telah kembali ke pangkuan Ilahi.

Adik Ryán bukan "kembali" kerana selsema babi. Tidak. Tuhan telah lindungi dia dari dijangkiti, walaupun ibunya meninggal disebabkan oleh selsema babi.

Tapi, adik Ryán telah meninggal disebabkan oleh kelalaian seorang misi !

Sebelum ini, adik Ryán diletakkan dalam "balang kaca" sebab adik malang ini dilahirkan tak cukup bulan. Hanya berusia 7 bulan.

Dilaporkan adik Ryán sebelum ini dah ala-ala nak boleh bawak keluar dari hospital. Tapi seorang misi mamai mana ntah dah tersilap masa bagi ubat kat adik malang ini. Disebabkan kesilapan yang "espectacularmente estupido" itu, jantung adik Ryán gagal berfungsi dengan baik. Maka menyebabkan komplikasi, yang berakhir dengan satu fenomena tragis.

Misi tersebut dalam proses soal-siasat dan bakal dikenakan tindakan undang-undang.

Mohamed, ayah kepada adik Ryán telah membuat satu laporan polis berhubung kejadian tersebut. Tindakan lanjut, dan apa yang berlaku seterusnya akan aku laporkan dari masa ke semasa. Bergantung pada tahap mood aku nak menulis entri di blog. Kalau aku tengah mood rajin aku update. Kalau tak rajin, sila faham sendiri.

Petang semalam, pengarah hospital yang sama dimana misi mamai tersebut bekerja telah buat satu permohonan maaf secara terbuka. Dan berjanji akan menyelesaikan perkara ini secara profesional.

Jenazah adik Ryán telah selamat diterbangkan ke tanah Morrocco dengan helikopter tentera kerajaan Morrocco petang semalam. Dan dilaporkan telah selamat dikebumikan bersebelahan dengan arwah ibunya, Dalila.

*****

Eh, lagi 11 hari je aku nak balik BolehLand kan.

¡Qué ilusión !

Thursday, July 9, 2009

cuma angka, bukan angkasa.

Entri ke dua untuk hari yang sama. 09-07-09.

Angka peminat yang minat dan yang tidak minat yang datang ke blog aku sudah cecah 10038 !

Terima kasih untuk semua yang berkunjung. Tanpa kamu apalah makna angka 1o ribu itu.

Heh.


Terima kasih.

Yang benar sebenar benar,
Kaca.